Ukhuwah Itu Indah

About Me

My photo
.:nOoRSaIfa Binti SaPajaN:.diLahirkan Pd 24 NovEmBer 1989:.JamIah UniVersiTi PenDidiKan SulTaN IdRis (UPSI):.Insha'Allah, bakaL Mu'aLlimat pd 2013:.Ameen:.kpda sesIapa Yg suDi singgaH & menJaDi foLlower ana,tRima KasIH bYk AnA uCapKaN.:siLa tinGgaLkan LinK BLog AnDa SPya AnA dPt foLlOw AnDa jugA:.

Thursday, November 3, 2011

.:CREAM OF BROCCOLI SOUP with GARLIC BREAD:.




p/s: ini bukan gambar hiasan..ini betol2..bukan cubaan..hehe


assalamualaikum W.B.T

apa kabar sahabat2 blogger ana...? ana doakan..kalian sihat & ceria sentiasa...^^ dah lama rasanya ana x update blog ni... alhamdulillah...hari ni ana berkesempatan utk menulis n berkongsi bersama sahabat smua... agak2..apa segmen entri ana hari ni...? haaa...tgok tajuk pon da taw kan... hari ni..ana nk wat segmen DAPUR DHEARTY...<3 <3 <3
suka utk ana kongsikan kpd shbt2 blogger...satu resepi yg ana telah ana pelajari...haaa..mana yg rasa x lame lagi nak jadi bni org tu..boleh laa...tmbh2 koleksi resepi ..wat tambat hati suami.. menu hari ni ialah BROCCOLI CREAM SOUP WITH GARLIC BREAD..bunyinya mcm sdap...tapi..mmg sedap! resepi ni terbukti berkesan n hasilnya mmg sdap hingga menjilat jari...hehe.. maw x sdap...kalu dah namanya western dish..kos bahan smestinya lebih mahal brbanding local food.. apatah lagi western soup yg creamy cmni..mestilah sedap..^^ tgok gambar tu terliur x..? itulah hasil air tangan ana dan osmet ana.. mari ana kongsikan resepinya...

bahan-bahan cream soup:
2 kuntum brokoli (potong floret)
1 biji bawang Holland (cincang halus)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
* 3 sb Roux
1 helai daun bay
1/2 cawan minyak zaitun
garam secukup rasa

bahan-bahan stok:
10 cawan air
3 kiub pati lembu

* roux - mentega/minyak sayuran + tepung serbaguna ( gaul sampai pekat mcm mashed potato tu...^^ )
fungsinya: sbgai agen pmekat

bahan-bahan garlic bread:
8 keping roti (potong jejari )
4 sb mentega
4 ulas bawang putih ( cincang halus )
1/4 sk parsly flakes

cara-cara membuat stok:
-Masukkan 10 cawan air ke dalam  periuk.

-Campurkan 3 kiub pati lembu ke dalam air tersebut dan rebus sehingga mendidih.

cara-cara membuat sup:
  -Tuangkan minyak ke dalam periuk dan panaskan.
-  Setelah minyak panas, masukkan terlebih dahulu daun bay, diikuti dengan bawang yang telah dicincang halus (sauté).
Apabila sudah naik bau dan warna bawang kelihatan keperang-perangan, masukkan brokoli yang telah dipotong Floret. Sauté sehingga layu.
-   Setelah layu, tuang stok tersebut ke dalam periuk dan rebus sehingga brokoli tersebut menjadi lembut.
  -Seterusnya, toskan bahan-bahan yang direbus sebentar tadi dan asingkan air rebusan ke dalam periuk lain.
-  Kemudian, kisar bahan-bahan tersebut sehingga halus.
-Tapis bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk air rebusan tersebut.
Masukkan Roux, dan kacau sehingga pekat.
-   Perasakan cream soup dengan sedikit garam.

cara-cara membuat garlic bread:
- gaulkan mentega, bawang putih dan parsli flakes hingga sebati
-sapukan ke atas roti
-potong roti berbentuk jejari kepada 3 bahagian
-masukkan ke dlm oven dan bakar selama 7-10 mint dgn suhu 160-180 darjah

selamat mencuba..............!!!



noorsaifa sapajan
villa nusa, tg malim , perak
0930 malam




Tuesday, September 20, 2011

..::Sem Baru vs Rumah Baru [ Edisi Rumah Terbuka ]::..






Assalamualaikum W.B.T

Setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan ana umur yg pnjg utk meneruskan perjuangan sbgai sorg plajar di bumi Tg Malim ini, serta rasa bersyukur kerna masih brpeluang utk terus beribadah kpda-Nya..

Ketika ana mencoretkan cerita ini..ana telahpun kembali ke UPSI utk meneruskan pgajian sebagai pelajar tahun 3 bg semester baru sesi september 2011/2012 ini..sdar x sdar..rupa-rupanya ana dah menuntut dcni selama 2 tahun...rasanya, masih baru lg ana mendaftarkan diri sebagai pelajar semester 1 kira2 2 tahun yg lalu...mcm x prcaya rasanya kini ana bergelar pelajar tahun 3 di sini..
hehehe...rasa tua plak nye...^^

Selama 2 penggal di sini..ana menginap di kolej kediaman Za'ba yg meninggalkan 1001 kenangan dan coretan memori dlm hidup ana... kini, stelah 2 penggal hidup sebagai pelajar ostel..ana memilih utk menarik diri utk belajar hidup lebih mandiri di luar.. haaa...skrg ni..ana menjadi salah sorg warga Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK)..

Sem baru vs Rumah Baru...ececeh...mcm kene je ngan suasana raya ni kan...? semuanya baru...hehehe.. sebut pasal raya ni..mesti ramai org dok jemput ke jamuan rumah terbuka kan...? sampai xtaw mana satu nak pegi...haa...sebenarnya, hari ni ana nak citelah kisah rumah x berapa nak terbuka kitorg kat umah sewa baru ni...hehehe.. 

Pada hari Jumaat 16/9/2011, bersamaan Hari Malaysia yg lalu, ana bersama 2 org sahabat sebilik telah mgadakan Rumah Separa Terbuka di kediaman kami yg tersergam indah di Tg Malim ini...cewaahh..^^
kenapa separa terbuka...? haha..kalau sebut rumah terbuka..jawabnya nanti 1 warga UPSI lah serbu rumah kami ni...heheh..dsebabkan kami hnya mnjemput shbt handai yg paling 'dekat' dgn kami..maka itulah kami mnyebutnya rumah x berapa nak terbuka...ngeee (^__^)v

seawal jam 8.10 pagi, ana bersama sorang shbt, Nur Ain telah mengayuh transformer kesayangan kami menuju ke pekan tg malim utk membeli bahan-bahan basah bg menyediakan juadah buat tetamu-tetamu jemputan...kira-kira jam 9.30 pagi, kami telah siap membeli belah dan bergerak pulang ke rumah.. kami menyiapkan bahan-bahan masakn kira-kira jam 11 pagi dan mula memasak pada jam 11.30 pagi..kami menjemput sahabat-sahabat hadir pada jam 2 ptg...mulanya, rasa takut juga kalau kami x sempat siapkan juadah sebelum jam 2 petang...mujurlah juadah2 tersebut sempat disiapkan tepat pada masanya..juadah yg disediakan juga x perlu masa yg lama utk disiapkan mmndangkan kami ada tugas masing2...
apa agaknya juadah yg kami sediakan ek..?



suasage roll, cheezy wedges & kek lapis 


soto ayam


soto ayam & air bandung soda cincau


setelah membahagi2kan tugas..ana mengambil bahagian menyediakan sup ayam, cheezy wedges dan air minuman.. sementara 2 org sahabat ana mengambil bahagian menyediakan sausage roll & menyiapkan bahan-bahan utk hidangan utama kami iaitu soto..sementara kek lapis tadi..sahabat baik kepada rumet ana yg beri..hehehe..credit to Nur Sakinah..syukran ya ukhti..sedap kek enti buat tu...^^
dan buat Nur Ain & Mazila..thanx utk korg berdua yg bertungkus lumus menyiapkan sausage roll n bahan-bahan soto tu...(^_^)v

Kira-kira jam 2.45 ptg, beberapa sahabat yg djemput mula hadir..dan jamuan dimulakan..jamuan kami tamat pada jam 6 petang dan kami bersama-sama mengemas dan membersihkan rumah..
Akhir kalam, ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat2 yg sudi hadir ke majlis kami.
Terima kasih ana ucapkan kepada Sakinah, Zafirah, Shima, Fizoh a.ka Adik, Husna, Kak Sarah, Mek Fit, Wani & Zah.. Maaf andainya layanan yg kami berikan kurg memuaskn kepada kalian tempoh hari..

Wassalam.....


10:16 pagi
Villa Nusa, Tg Malim, Perak