Ukhuwah Itu Indah

About Me

My photo
.:nOoRSaIfa Binti SaPajaN:.diLahirkan Pd 24 NovEmBer 1989:.JamIah UniVersiTi PenDidiKan SulTaN IdRis (UPSI):.Insha'Allah, bakaL Mu'aLlimat pd 2013:.Ameen:.kpda sesIapa Yg suDi singgaH & menJaDi foLlower ana,tRima KasIH bYk AnA uCapKaN.:siLa tinGgaLkan LinK BLog AnDa SPya AnA dPt foLlOw AnDa jugA:.

Thursday, November 3, 2011

.:CREAM OF BROCCOLI SOUP with GARLIC BREAD:.




p/s: ini bukan gambar hiasan..ini betol2..bukan cubaan..hehe


assalamualaikum W.B.T

apa kabar sahabat2 blogger ana...? ana doakan..kalian sihat & ceria sentiasa...^^ dah lama rasanya ana x update blog ni... alhamdulillah...hari ni ana berkesempatan utk menulis n berkongsi bersama sahabat smua... agak2..apa segmen entri ana hari ni...? haaa...tgok tajuk pon da taw kan... hari ni..ana nk wat segmen DAPUR DHEARTY...<3 <3 <3
suka utk ana kongsikan kpd shbt2 blogger...satu resepi yg ana telah ana pelajari...haaa..mana yg rasa x lame lagi nak jadi bni org tu..boleh laa...tmbh2 koleksi resepi ..wat tambat hati suami.. menu hari ni ialah BROCCOLI CREAM SOUP WITH GARLIC BREAD..bunyinya mcm sdap...tapi..mmg sedap! resepi ni terbukti berkesan n hasilnya mmg sdap hingga menjilat jari...hehe.. maw x sdap...kalu dah namanya western dish..kos bahan smestinya lebih mahal brbanding local food.. apatah lagi western soup yg creamy cmni..mestilah sedap..^^ tgok gambar tu terliur x..? itulah hasil air tangan ana dan osmet ana.. mari ana kongsikan resepinya...

bahan-bahan cream soup:
2 kuntum brokoli (potong floret)
1 biji bawang Holland (cincang halus)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
* 3 sb Roux
1 helai daun bay
1/2 cawan minyak zaitun
garam secukup rasa

bahan-bahan stok:
10 cawan air
3 kiub pati lembu

* roux - mentega/minyak sayuran + tepung serbaguna ( gaul sampai pekat mcm mashed potato tu...^^ )
fungsinya: sbgai agen pmekat

bahan-bahan garlic bread:
8 keping roti (potong jejari )
4 sb mentega
4 ulas bawang putih ( cincang halus )
1/4 sk parsly flakes

cara-cara membuat stok:
-Masukkan 10 cawan air ke dalam  periuk.

-Campurkan 3 kiub pati lembu ke dalam air tersebut dan rebus sehingga mendidih.

cara-cara membuat sup:
  -Tuangkan minyak ke dalam periuk dan panaskan.
-  Setelah minyak panas, masukkan terlebih dahulu daun bay, diikuti dengan bawang yang telah dicincang halus (sauté).
Apabila sudah naik bau dan warna bawang kelihatan keperang-perangan, masukkan brokoli yang telah dipotong Floret. Sauté sehingga layu.
-   Setelah layu, tuang stok tersebut ke dalam periuk dan rebus sehingga brokoli tersebut menjadi lembut.
  -Seterusnya, toskan bahan-bahan yang direbus sebentar tadi dan asingkan air rebusan ke dalam periuk lain.
-  Kemudian, kisar bahan-bahan tersebut sehingga halus.
-Tapis bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk air rebusan tersebut.
Masukkan Roux, dan kacau sehingga pekat.
-   Perasakan cream soup dengan sedikit garam.

cara-cara membuat garlic bread:
- gaulkan mentega, bawang putih dan parsli flakes hingga sebati
-sapukan ke atas roti
-potong roti berbentuk jejari kepada 3 bahagian
-masukkan ke dlm oven dan bakar selama 7-10 mint dgn suhu 160-180 darjah

selamat mencuba..............!!!



noorsaifa sapajan
villa nusa, tg malim , perak
0930 malam




No comments:

Post a Comment