Ukhuwah Itu Indah

About Me

My photo
.:nOoRSaIfa Binti SaPajaN:.diLahirkan Pd 24 NovEmBer 1989:.JamIah UniVersiTi PenDidiKan SulTaN IdRis (UPSI):.Insha'Allah, bakaL Mu'aLlimat pd 2013:.Ameen:.kpda sesIapa Yg suDi singgaH & menJaDi foLlower ana,tRima KasIH bYk AnA uCapKaN.:siLa tinGgaLkan LinK BLog AnDa SPya AnA dPt foLlOw AnDa jugA:.
Showing posts with label ramadhan kareem. Show all posts
Showing posts with label ramadhan kareem. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

.:Catatan Sejarah 17 Ramadhan:.



Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yg amat istimewa bg seluruh umat Islam di dunia..ianya merupakan satu bulan yg penuh barakah.. sebagai seorang Muslim..kita maklumi bahawa Ramadhan merupakan bulan yang banyak kelebihan. Selain kelebihan pengampunan dosa yg dibuka secara besar-besaran...dalam bulan ini juga berlakunya pelbagai peristiwa bersejarah dan peristiwa2 besar dalam sejarah umat Islam.. Kelebihan bulan ini seharusnya kita manfaatkan dengan menunaikn segala kewajipan serta melengkapkannya dengan amalan2 sunat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan..sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah, dalam mencari kebhagiaan yg hakiki..

Nuzul Qu'ran...merupakan satu peristiwa penting dan  bersejarah bagi umat Islam, terutama bagi junjungan besar kita..Rasulullah S.A.W.. Dalam meneruskan sisa2 Ramadhan yg masih ada ini, marilah sama2 kita menyoroti peristiwa penting ini, yg telah menjadi pemangkin kpd dakwah baginda pd ktika itu. Pkataan 'Nuzul' mmbawa mksud turun. Justeru, peristiwa ini merupakan satu peristiwa bermula turunnya al-qur'an sbgai wahyu kpd umat akhir zaman, di mana mukjizatnya akan trus kekal hingga ke hari qiamat. Al-Qur'an mrupakan sumber rujukan utama kpd sluruh umat Nabi Muhammad S.A.W dlm mnerusi liku2 khidupan di dunia yg fana' ini ..

Masyarakat Arab pd zman Rasulullah dbelenggu kegelapan jahiliyah, penyembahan berhala dan adat2 yg sesat. Mereka kian trpisah dgn zaman knabian dan trus hanyut dlm lautan kesesatan yg kian mgganas. Namun begitu, baginda tetap terkawal krna dijaga oleh Allah agar tdk turut terheret dgn amaln hidup yg sesat ini. Keadaan masyrakat jahiliyah di sekelilingnya ketika itu membuatkan baginda berkeputusan utk bermunajat kpd Allah S.W.T di Gua Hira'. Baginda brsendirian dgn bekalan makanan selama bberapa mlm berturut2. Pd malam Jumaat, 17 Ramadhan brsamaan 6 Ogos 610 Masihi, ktika nabi mncapai usia 40 tahun.. saat inilah turunnya wahyu pertama yg juga sbgai pengiktirafan nabi akhir zaman.

Wahyu pertama yg diturunkan kpd baginda ialah Surah Al 'Alaq ayt 1-5. Baginda didatangi Jibril lalu malaikat Jibril berkata: "bacalah", lalu baginda menjawab "saya tidak tahu membaca". Maksud kisah ini dberitahu sdiri oleh baginda dlm hadith yg mafhumnya,

"lalu malaikat itu memeluk saya dengan kuat sehingga saya tidak mampu bergerak.
kemudian dilepaskannya saya sambil katanya; "bacalah" lalu saya menjawab: "saya tidak tahu membaca." sekali lagi saya dipeluk sehingga mencemaskan saya,kemudian dilepaskan dan katanya lagi: "bacalah", saya tetap menjawab: "saya tidak tahu mmbaca."  kali ketiga dia memeluk saya tetapi dilepaskn lalu membaca surah al-'alaq ayat 1-5 yg bermaksud:
Bacalah dgn nama Tuhanmu yg telah mencipta.Dia mencipta manusia dari segumpal darah.Bacalah krna Tuhanmu itu amat mulia yg mgajar dengan perantaraan qalam. Dia telah mgajar manusia apa yg manusia tidak tahu."

Keadaan baginda yg ummi(buta huruf) bukan mnunjukkan kelemahannya, ttapi sbaliknya menangkis tuduhan liar yg mgatakan baginda menulis sendiri wahyu tersebut..dgn ilmunya yg ada, hasil daripada pgajiannya dgn cndikiawan atau pendeta Yahudi atau Kristian. Wahyu pertama ini memberi peringatan peri pentingnya ilmu pgetahuan yg akn menunjukkan scara jelas mgenai ssuatu yg haq dan yg batil. Cara pnerimaan wahyu ini juga menunjukkan bagaimna jalan trbaik dlm mnuntut dan mnerima ilmu, iaitu mesti melalui guru.


Sebagai tambahan, selain peristiwa turunnya al-Qur'an pada ktika ini (17 Ramadhan), juga berlakunya peperangan Badar Al-Kubra..yg berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah. Perang ini amat signifikan dlm sejarah islam krana pd hari inilah yg mnentukan kesinambungan dakwah Islam. Hari penentuan sama ada Islam terus berkembang atau terus berkubur. Rasulullah ketika berlakunya peperangan itu bermunajat kpd Allah:
"Ya Allah, aku mengharapkn janji2 Mu. Ya Allah,jika skiranya Engkau binasakan akan pasukan ini(para pejuang Badar), nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini."

Pada tanggal 8 Ramadhan tahun kedua hijrah, angkatan perang pimpinan baginda berangkat meninggalkan kota Madinah. Selama ketiadaan baginda di kota Madinah, Amru bin Ummi Maktum dilantik menggantikan baginda menjadi imam solat. Rasulullah berangkat bersama-sama 313 orang sahabat baginda. Badar yg letaknya 145 km arah barat laut dari Madinah Al-Munawwarah, mnjadi saksi atas keimanan dan ketaqwaan para sahabat sehingga dengannya Allah mendatangkan bantuanNya kpd mereka. Badar menyaksikan pertembungan antara kaum Muslimin dan Musyrikin yg kekuatannya 3 kali ganda siap dengan kudanya yg berjumlah 100 ekor. Badar menyaksikan prtolongan Allah kpd kaum muslimin di mana 1000 malaikat berserban membantu para sahabat menghadapi kaum musyrikin. Akhirnya, kaum Muslimin dihadiahkan dengan kemenangan.
Firman Allah yg bermaksud:
"Dan sesungguhnya kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah(kerana kamu sedikit bilangnnya dan kekurangan alat perang).Oleh itu, bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu bersyukur(akan kemenangan itu).     ['Aali Imran:123]


noorsaifa sapajan,
bayt jannahku,
17 Ramadhan 1432 H
17/8/2011

Tuesday, August 16, 2011

::Kesilapan Yg Kerap Dilakukan Pada Bulan Ramadhan::







Seringkali kita terlepas pandang..atau mungkin x mahu mgambil tahu...atau lebih malang lagi..ada di antara kita yg mgetahuinya..ttapi hanya mgendahkan apa yg tlah dketahui.. itulah lumrah kehidupan yg acapkali berlaku... 

mugkin ada di antara kita telah mgetahui apa yg dikongsikan ini...namun, ianya hanyalah skadar prkongsian utk manfaat kita brsama...smoga prkongsian ini mndatangkan byk manfaat & kesedaran kpada saudara2 kita yg masih lagi khilaf...dan tidak mgetahui mgenai kesilapan2 yg mungkin dilakukan spanjang bulan yg penuh barakah ini....Jom muhasabah diri bersama! 

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh Muslim pada Bulan Ramadhan:

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)
يارسولالله , أيالدعاءأسمع؟ : قال : جوفالليلالأخيرودبرالصلواتالمكتوبة
Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalahpenutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya “Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam”. (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)

8). Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan ‘tanpa Syaitan’ ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَالرَّجُلَيُطِيلُالسَّفَرَأَشْعَثَأَغْبَرَيَمُدُّيَدَيْهِإلىالسَّمَاءِيارَبِّيارَبِّوَمَطْعَمُهُ
حَرَامٌوَمَشْرَبُهُحَرَامٌوَمَلْبَسُهُحَرَامٌوَغُذِيَبِالْحَرَامِفَأَنَّىيُسْتَجَابُلِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثةلاترددعوتهم , الإمامالعادل , والصائمحتىيفطرودعوةالمظلوم
Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إنللصائمعندفطرهدعوةلاترد
Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


Oleh: Ustaz Zaharuddin Bin Abd Rahman

Monday, August 15, 2011

.::.ini bukan seloka, ini kenyataan Ramadhan akhir zaman.::.







Tertipunya manusia-manusia di akhir zaman,

Salah satunya ketika menyambut Bulan Ramadhan,
Waktu berbuka umpama pesta makanan dan minuman,
Perut yang berkeroncong segera didahulukan,
Solat Maghrib tidak pula disegerakan,
Ramai yang melaksanakannya selepas pukul lapan (Malaysia),
Ramai juga yang lupa untuk menunaikan,
Dek kerana asyik melayan lauk pauk dan hidangan..

Sembahyang terawih pula sekadar syarat Ramadhan,

Namun batinnya tidak diselit  rasa kehambaan,
Yang Hafiz bacaannya dikormesilkan,
Yang Imam sibuk mensyaratkan bayaran,
Yang menderma minta dihebah-hebahkan,
Habis terawih, asap rokok berkepul-kepulan,
Yang muda dan yang tua berbual tentang dunia dan hiburan,
Yang wanita berbincang tentang raya dan persiapan,
Kanak-kanak yang memerhati pula menjadikannya teladan..

Katanya bulan ibadah.. Bulan Ramadhan,

Sepatutnya perlu bersifat tawadhuk serta penuh kesedaran,
Bulan yang sepatutnya hilai tawa dikurangkan,
Agar dapat melaksanakan ibadah dan merasai kenikmatan,
Sungguh hiba bila fungsi Ramadhan disalahgunakan,
Dan dikuasai nafsu walaupun tanpa syaitan,
Semua perkara dibuat bukan kerana Tuhan..

Apakah akan ada maghfirah yang bakal dikurniakan?

Jika ini sikap kita, adakah pahala akan digandakan?
Lailatul Qadar yang bakal menjelang mampukah dikejarkan?
Atau hanya dosa dan laknat Allah S.W.T yang akan ditimpakan?
Fikirlah, fikir-fikirkan....


Thursday, July 28, 2011

.:Ramadhan Kareem ( Edisi 1 ) :.





"yeayy...si 'nates' terpenjara kembali...maka merdekalah umat manusia!"


Bismillahirrahmanirrahim…



Alhamdulillah..stelah lbih seminggu sy x mnulis, hri ini sy trpanggil utk mnulis sebuah entri yg brkaitan dgn satu bulan yg penuh barakah yg bakal kita raikan kdtgnnya bberapa hari lagi.. Ya..hari ini, tlah masuk 25 Sya’ban…maka hnya tggal 4 hari lagi utk kita sama2 mnymbut kdtgn Ramadhan… Ahlan2 Ya Ramadhan…pstinya, rmai dlm klgn kita amat merindui khadiran bulan ini..satu bulan dmana kita dberi pluang besar2an utk pengampunan dosa… Justeru itu, sy ingin brkongsi brsama shbt2 muslim skalian mgenai fadhilat bulan yg penuh barakah ini…ayuh, sama2 kita renungkan dan kongsikan manfaatnya…(^__^)v





*       KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adlh bulan yg sgt tggi darjat serta besar martabatnya di sisi Allah dan Rasul-Nya, slain ia juga mrupakan pghulu sgala bulan Islam. Antara kelebihan dan keistimewaan bulan ini ialah turunnya Al-Qur’an iaitu sbuah kitab suci umt Islam, yg mnjadi ptunjuk bg sluruh umat manusia. Hal ini dijelaskan dlm firman Allah yg bermaksud:

“(Masa yg diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramdhan yg pdanya diturunkan Al-Qur’an, mnjadi ptunjuk bg skalian manusia, dan mnjadi kterangan2 yg mnjelaskn ptunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yg benar dengan yg salah.”  (Al-Baqarah : 185)
Seterusnya, dpilih malam2 pd bulan trsebut satu malam Lailatul Qadr, yg mana ia lbih baik dan lbih utama dpd 1000 bulan iaitu kira2 83 tahun. Mnurut para ulama’ , Lailatul Qadr jatuh pd slh satu malam dpd 10 mlm yg trakhir pd bulan trsebut. Justeru, adlah lbih baik kita mgisinya dgn amal ibadah yg banyak sbgai saham dan bekalan mnju akhirat dpd kita mnsia-siakn pluang trsebut dgn prkra2 yg x brfaedah.

*       PELUANG BESAR-BESARAN UTK PENGAMPUNAN DOSA
Haaa..ada sesiapa yg x mahu dosa2nya diampunkan…? Sudah tntu jawapnnya tidak…ya kan..? Justeru, bg yg brkesempatan brtemu dgn Ramadhan pd kali ini, beribadahlah dgn pnuh keimanan dan brsungguh2 mgharapkan pahala dpd Allah S.W.T, krna ganjaran besar berupa pgampunan dosa yg tlt dlakukn mnanti mreka yg beribadah brsungguh2 dlm bulan ini.
Berdasarkan sebuah Hadith Riwayat Bukhari & Muslim, mnyatakn:
Barangsiapa yg brpuasa pd bulan Ramadhan dgn pnuh keimanan dan hnya mgharapkn phla dpd Allah, maka diampuni dosa2nya yg tlah lalu.”
Maka, sukalah sy utk mgajak ‘saudara2’..muslimin dan muslimat skalian..sama2lah kita prbanyakkan amaln2 sunat dan mmohon keampunan kpda Allah dlm bulan yg pnuh barakah ini.

*       RUGI BESAR JIKA TIDAK DIAMPUNI ALLAH DALAM BULAN RAMADHAN
Dalam sbuah Hadith Riwayat Imam Ahmad, ada mnceritakan tntg prbuatan Rasulullah S.A.W yg sdg mnaiki mimbar, lalu Baginda mnyebut ‘amin’ sbyak 3x. Selesai brkhutbah, para shbt brtanya mgapa tadi disebut ‘amin’ sbnyak 3x? maka, Baginda pun mnjawab bhwa, ketika itu Jibril dtg dan brdoa bhwa sgt kecewa dan rugilah bagi:-
Ø  Org yg apabila disebut nama Muhammad, x dibaca slwat ke ats Nabi S.A.W
Ø  Org yg smpat hidup brsama org tuanya ttapi x dpt masuk syurga, dan
Ø  Org yg smpat hdup dlm bulan Ramadhan ttapi x trampun dosa2nya.
Maka krna itulah, Rasulullah S.A.W mnyebut…”amin…amin…amin..”
Perkongsian - Sebuah doa yg perlu dibaca slalu, khususnya pd bulan Ramadhan:
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni
Maksudnya: “Ya Allah, sesuggunya Kau Maha Pgampun, Kau suka berikan keampunan, maka ampunkahlah Aku..”
Sampai di sini saja edisi Ramadhan pd kali ini,..mudah2an dgn sdkit prkogsian ini, kita sama2 dpt peroleh manfaatnya dlm mncari redha Allah smpna khadiran bulan mulia ini..mhon maaf andainya ada ksilapan dlm tinta yg sy coretkan ini..Ssugguhnya, sgala yg baik itu dtgnya dri Allah..dan yg buruk itu, krna kelemahan diri sy sdri.. smoga ketemu lagi…
Wassalam….




Noorsaifa Bt Sapajan
Bayt Jannahku,
10:34 malam (^__^)V