Ukhuwah Itu Indah

About Me

My photo
.:nOoRSaIfa Binti SaPajaN:.diLahirkan Pd 24 NovEmBer 1989:.JamIah UniVersiTi PenDidiKan SulTaN IdRis (UPSI):.Insha'Allah, bakaL Mu'aLlimat pd 2013:.Ameen:.kpda sesIapa Yg suDi singgaH & menJaDi foLlower ana,tRima KasIH bYk AnA uCapKaN.:siLa tinGgaLkan LinK BLog AnDa SPya AnA dPt foLlOw AnDa jugA:.

Wednesday, November 9, 2011

.::.Perkara-perkara Yg Membatalkan Solat.::.





Di sini terdapat satu persoalan yg sering dibahaskan oleh kaum wanita berkaitan perkara-perkara yang membatalkan solat. Persoalan tersebut ialah:
"Adakah keputihan itu najis yg boleh membatalkan wuduk dan solat seseorang?"

Ada 11 perkara yg membatalkan solat. Oleh itu, perkara-perkara yg tidak termasuk dlm sebelas perkara ini tidak termasuk dlm perkara yg membatalkan solat. Sekiranya solat itu terbatal, maka wajib utk mengulangi solat tersebut. Perkara2 yg membatalkan solat ialah:

1. Berkata-kata dgn sengaja 
-Berkta-kata dgn sengaja, selain dpd al-Quran, zikir atau doa walau satu huruf skalipun.

2. Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat
-Membuat beberapa perbuatan yg pada urufnya (adatnya) tidak disuruh melakukannya dlm solat.

3. Kedatangan hadas
- Sama ada hadas kecil atau hadas besar.

4. Najis yg tidak dapat dimaafkan
-Kdatangan najis yg tidak dimaafkan sama ada pd badan atau pakaian. Sekiranya jatuh najis yg kering pd pakaian, dan boleh dibuang pd masa itu juga, maka tidak terbatal solat. Tetapi najis tersebut tidak boleh disentuh dgn tangan.

5. Terbuka aurat
-Terbuka aurat walaupun x sengaja seperti ditiup angin tetapi sekiranya boleh ditutup sekejap itu juga maka tidak terbatal solat.

6. Membelakangkan kiblat dgn dadanya

7. Mengubah niat
-Umpamanya, solat fardhu zohor ditukar niatnya menjadi solat sunat zohor. Tetapi, sekiranya berniat sunat mutlak (niat utk solat sunat), maka tidaklah batal. 

8. Makan walaupun sedikit
-Misalnya, sebiji nasi di dalam mulutnya, kecuali ia terlupa.

9. Minum
-Seprti menelan air liur yg masih lagi terasa manisnya.

10. Mengeluarkan suara selain bacaan dlm solat
-Seperti ketawa sehingga mengeluarkan suara yg mengandungi dua huruf, begitu juga dgn menangis.

11. Murtad (keluar agama Islam)

Menjawab persoalan di atas, lihat kepada perkara 3 dan 4 dlm 11 perkara yg membatalkan solat tersebut. Keputihan merupakan cecair yg tergolong dlm najis, dan ia perlu dibasuh sebelum menunaikan solat. 

"Bagaimana jika ia keluar semasa sedang menunaikan solat terutama ketika di surau atau di masjid (berjemaah) dan ketika membaca al-qur'an? Adakah terbatal?"

Jawapannya, "sekiranya ia telah dibasuh seeloknya dan dipakai pad sebaiknya sebelum solat, maka apa yg keluar semasa solat adalah dimaafkan. Allah tidak membebankan sesuatu yg tidak dapat dielakkan oleh hambanya khususnya dlm bab sakit. Bersihkan sedaya yg mampu, selebihnya tidak mengapa." -Ustaz Zaharuddin-

Nota tambahan: 

Beza mazi dgn keputihan
- Air mazi adalah sejenis cecair jernih yg melekit dan kurang berbau yg keluar dari kemaluan lelaki & wanita kerana rangsangan syahwat. Ia berbeza dgn air mani yg pekat, melekit dan berbau kuat seperti klorok yg keluar semasa kemuncak syahwat (persetubuhan) ataupun melalui masturbasi (onani).
- Keputihan tidak keluar kerana rangsangan syahwat. Ia dialami oleh kaum wanita dan keluar pd waktu-waktu biasa. Cecair jenis ini adalah najis, dan perlu dibasuh sebelum solat.

Rujukan:
Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab, Hamid(2009). Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur.Telaga Biru Sdn Bhd.





noorsaifa sapajan
bayt jannahku,
9.16 pagi




Tuesday, November 8, 2011

.:. "Ya Rabb..Aku Rindu Mereka" .:.



Bismillahirrahmanirrahim...
 Kalam bermula dgn ucapan salam buat sahabat blogger & pembaca semua...
terima kasih ana ucapkan krna kalian masih mnjadi pembca yg setia.....
pembaca kpda setiap coretan hati seorang hamba Allah yg lemah ini..
Allah..allah...
Aku rindu mereka....
Tak tahu kenapa..tiba-tiba hatiku rasa begitu merindui mereka...
Aku merindui anak-anak kecil yg pernah aku asuh ketika bekerja di taska dulu...
aku merindui sahabat-sahabat nasyid yg sama-sama berjuang dgnku...
aku amat merindui adik2 ku semasa di ostel dulu...
aku merindui sahabat baikku pd zaman skolahku dulu...
Allah....aku rindu kalian semua... =(

Kebelakangan ini, aku sering mendapat pesanan ringkas berbunyi..
"as salam...akk..kite rindu akk sgt2.."
"salam...akk..apa kabar..? lama x jumpa akk..rindunye....huhu"
"salam saifa..watpe tue..? x cuti ke..? mehla singgah taska...amad rindu ni..."
Ya Rabb..andai kalian tahu..aku juga merindui kalian..='(
apakan daya..kita terpisah oleh jarak & masa ..
aku hanya mampu berdoa..semoga suatu hari nanti..
DIA mempertemukan kita semua kembali...
semoga satu hari nanti..kita dapat berkumpul...
berbagi kebahagiaan, suka & duka bersama...walaupun hanya seketika...

bila rindu...
gambar-gambar ini aku tatap sbgai pgubatnya...
gambar-gambar ini mmbuatkan aku tersenyum mengingat kembali segala kenangan
yg kita kongsikan bersama....



sahabat-sahabatku ketika di ostel 


nani & qilah yg sering berebut utk duduk di pangkuanku


rindu telatah nani & ayu....

rindu 'anakku' ahmad fathi a.k.a amad..
[pantang nmpk kelibatku di taska] ^^
Allah...rindunya kat amad....


rindu 'askar-askar' kecilku....

perjuangan bersama sahabat soutun najjah (team nasyid) 


berkongsi kejayaan..

berbagi suka & duka bersama...



"YA RABB....AKU RINDU MEREKA...!" (=_=)

" Ya Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..Sesungguhnya..Kaulah sebaik-baik tempat bagi HambaMu mengadu & meminta belas kasihan...Ya Allah yg Maha Mendengar..
Aku mohon pd-Mu Ya Rabb...lindungilah orang-orang yg Aku kasihi...limpahi dan payungilah mereka dalam kidung rahmat-Mu..sesungguhnya, hanya doa yg mampu aku panjatkan buat mereka kerna kekangan ruang dan waktu yang memisahkan kami semua...namun, Aku sentiasa mengingati dan mengasihi mereka Ya Rabb..
Ya Rabbul 'Izzati..sesungguhnya, Aku tidak layak utk meminta-minta, namun kerana kasihKu pd mereka..Ku mohon Kau dengarkanlah doa-doaKu Ya Allah...
Ameen Ya Rabbal 'Al amin..."

noorsaifa sapajan,
bayt jannahku
9.27 malam






.::. Chicken Chop with Black Pepper Sauce.::.





Bahan-bahan yg diperlukan utk Chicken Chop:


Asingkan tulang paha dpd daging



Bread Crumbs/ Serbuk Roti


Telur


Tepung gandum


Lea & Perrins 



Bahan-bahan Sos:


 1 1/2 tbs Knorr Demi Glace

500 ml water


1/2 tbs Chopped Onion (bwg Holland)


1/2 tbs Chopped garlic


1/2 tbs Crushed Black Pepper (dikisar kasar )

1 tbs Margerine/Planta


 1Bay Leaf ( kalu kecil, gunakan 2 )


Cara-cara menyediakan chicken chop:
- Perapkan ayam bersama lada hitam dan sos Lea & Perrins selama 20 minit.
- Golekkan ayam ke atas tepung, diikuti dgn telur & serbuk roti. ( ikut urutan tersebut )
- Masukkan ayam ke dalam kuali & goreng hingga isi daging masak.

Cara menyediakan sos :

BROWN SAUCE (BASED)
- Kacau bersama demi glaze dan air dengan menggunakan pengacau (whisker )* jangan kacau di atas api...kacau menggunakan air sejuk je...sampai sebati
p/s: brown sauce ni digunakan sbgai based utk menyediakan  black pepper sauce.

SOS LADA HITAM
- Masukkan planta, kmudian saute (tumis) daun bay, bwg putih & bwg Holland yg tlah dcincang. Kemudian, saute lada hitam yg telah dikisar kasar td. saute kira2 1 minit. Masukkan brown sauce dan kacau sebati hingga sos menjadi pekat.

 

Thursday, November 3, 2011

.:.HOMEMADE THOUSAND ISLAND & TARTAR SAUCE.:.





Assalamualaikum smua... part ni ana nak sambung perkongsian resepi sos seperti yg ana post sebelum ni.. kali ni..ana nak ajak antum smua...utk buat sdri dressing utk makanan seperti french fries, salad & nugget yg biasa kite beli di luar saje..iaitu thousand island & tartar sauce... nak taw cmane cara nak buat kedua2 sos ni...? haa..jom2...kita main masak2...




THOUSAND ISLAND SAUCE

2 tbs mayonnaise
1 1/2 tbs sos cili
1 1/2 tbs sos tomato
Sepotong lemon (diambil jusnya)

caranya:
campurkan kesemua bahan hingga sebati. mudah saja kan..?
* simpan ke dalam chiller... jgn disimpan dlm suhu bilik





TARTAR SAUCE

3 tbs mayonnaise
1/2 Gherkin (dicincang)
1 tbs capers (dicincang)
1/2 tbs bawang Holland
sepotong lemon (jusnya sahaja)

caranya:
campurkan kesemua bahan & gaul hingga sebati
*simpan dlm chiller...jgn dsimpan dlm suhu bilik


SELAMAT MENCUBA...!!



noorsaifa binti sapajan
villa taman nusa, perak
10.45 malam
jasadku di sini...hatiku di rumah...

.:.how to make a western sauce?.:.



Assalamualaikum W.B.T

hari ni..ana ingin berkongsi beberapa lagi resepi masakan yg telah ana pelajari & ana uji sendiri keberkesanannya bersama sahabat smua..mmm..kalu tgok tajuk tu...mesti dah taw kan...apa resepi hari ni..? hari ni..ana ingin kongsi resepi menyediakan sos ala barat.. resepi ni terbukti berkesan! hehe...^^
apa lagi...yg ase2 nk tambat hati suami, mak mrtua & mak ayah tu..
sila2 lah catat dlm buku 555 anda ye...
cara mmbuatnya mudah saja...cepat, ringkas & sedap.. 3 jenis sos ni...mggunakan cara yg sama hanya bhn utama saja yg berbeza...
jom kita tgok..!





BROWN SAUCES (based)
4 tbsp Demi Glaze (Knorr)
1.5l     Air

methods:
kacau bersama demi glaze dan air dengan menggunakan pengacau (whisker )
* jangan kacau di atas api...kacau menggunakan air sejuk je...sampai sebati
p/s: brown sauce ni digunakan sbgai based utk mnyediakan mushroom sauce, black pepper sauce & rosemary sauce





1. BLACK PEPPER SAUCE
1/2 tbs lada hitam (dikisar kasar)
1 helai daun bay
1/2 tbs bwg Holland ( cincang )
1/2 tbs bwg putih (cincang )
500 ml brown sauce
1 tbs planta/ marjerin

methods:
dgn mggunakan periuk kecil, masukkan planta, kmudian saute (tumis) daun bay, bwg putih & bwg Holland yg tlah dcincang. kmudian, saute lada hitam yg telah dikisar kasar td. saute kira2 1 minit. masukkan brown sauce dan kacau sebati hingga sos menjadi pekat.



2. MUSHROOM SAUCE
cendawan butang (dlm tin )- dimayang
1 helai daun bay
1/2 tbs bwg Holland dicincang
1/2 tbs bwg putih dicincang
500 ml brown sauce
1 tbs planta

methods:
ambil periuk kecil, masukkan planta dan saute daun bay, bwg putih serta bwg Holland. kmudian, saute cendawan yg telah dimayang td. saute selama 1 minit. masukkan brown sauce dan kacau sebati hingga kuah menjadi pekat.





3. ROSEMARY SAUCE
3 tbs sos cili
2 tbs sos tomato
2 tbs sos HP
1tbs lada benggala merah dipotong dadu
1 tbs lada benggala hijau dipotong dadu
1 tbs lada benggala  kuning dipotong dadu
1/2 tbs bwg putih
1/2 tbs bwg Holland
1 tbs planta

methods:
saute bwg putih dan bwg Holland, kemudian masukkan ketiga2 lada tadi dan saute seketika. Jgn tumis smpai layu. kemudian, masukkan ketiga2 jenis sos tadi dan masukkan sedikit saja air supaya sos tidak terlalu pekat.

haaa...mcm mana...? mudah je kan...?
p/s: sos2 tersebut bole dimakan bersama chicken chop, fish & chips, wedges, french fries dll lagi...
selamat mencuba....!!!

 
hak cipta terpelihara
noorsaifa sapajan
villa nusa, tg malim, perak



.:.Persoalan Ibadat Korban Di Aidiladha:.




Pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha bagi meraikan kejayaan sebilangan saudara seagama mengerjakan ibadat haji di Makkah. Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, lazimnya meraka akan mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung atau rumah terbuka untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama Islam.
Selain itu, Hari Raya Aidiladha turut disambut dengan melaksanakan ibadat korban iaitu akan disembelih binatang seperti unta, lembu atau kambing bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadat korban ini bertepatan dengan dalil al-Quran dan hadis berikut (bermaksud):
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.
(Surah al-Kauthar: Ayat 2)
Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dengan menyebut nama Allah SWT dan bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Erti Pengorbanan
Antara hikmah ibadat korban ialah untuk menghidupkan erti pengorbanan yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS ketika Allah SWT memerintahkan Baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim AS tidak teragak-agak untuk melaksanakan perintah Allah SWT tersebut, tetapi Allah SWT telah menggantikan sembelihan tersebut dengan seekor kibasy. Keimanan dan kesabaran yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS ketika melaksanakan perintah Allah SWT ini menjadikan ibadat korban mempunyai hikmah tersendiri untuk dihayati oleh setiap orang Islam.
Ukhwah Islamiah Yang Utuh
Selain itu, ibadat korban juga mengandungi pengertian untuk mendidik umat Islam agar mereka tidak melupakan golongan fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuan setelah Allah SWT berikan rezeki kepada mereka. Ibadat korban turut melahirkan kegembiraan dan perasaan kasih-sayang sesama sanak-saudara dan jiran-tetangga yang hadir untuk bersama-sama kita bergotong-royong melaksanakan ibadat korban. Dengan itu akan lahirlah sebuah ikatan persaudaraan Islam yang kuat antara individu dan masyarakat.
Hukum Ibadah Korban
Menurut majoriti ulama dan mazhab Shafie, hukum korban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang Islam yang berkemampuan. Namun ia boleh menjadi wajib dengan dua sebab: Pertama, apabila seseorang itu mengisyaratkan kepada binatang miliknya yang sesuai untuk dikorbankan seperti menyatakan "ini adalah korbanku" atau "aku akan korbankan binatang ini".
Kedua, apabila seseorang itu bernazar atau mewajibkan dirinya melaksanakan korban untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti menyatakan "wajib bagi aku korban kerana Allah SWT".
Binatang yang disyariatkan untuk dikorbankan adalah unta, lembu atau kambing. Selain ketiga-tiga binatang ini, tidak sah melakukan korban dengan binatang lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT (bermaksud):
Dan bagi setiap umat kami syariatkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternakan yang telah direzekikan Allah kepada mereka.
(Surah al-Hajj: Ayat 34)
Menurut ulama, perkataan binatang ternakan dalam ayat di atas bermaksud unta, lembu dan kambing. Selain itu, tidak pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan korban selain daripada tiga jenis binatang tersebut. Oleh itu, binatang paling afdhal (terbaik) ialah unta, kemudian lembu atau kerbau dan kemudian kambing.
Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian. Maka harus melaksanakan korban dengan mengambil satu bahagian daripada tujuh bahagian itu. Manakala kambing pula tidak boleh dibahagikan seperti unta dan lembu.
Waktu Korban
Waktu korban bermula selepas terbit matahari Hari Raya Aidiladha iaitu selepas dilaksanakan solat sunat hari raya dan selesai mendengar khutbah. Manakala tempoh mengadakan korban berakhir setelah terbenam matahari pada akhir haritasyrik iaitu 13 Zulhijjah. Sepanjang tempoh tersebut, umat Islam boleh melakukan korban bila-bila masa sahaja, namun korban pada waktu malam kurang digalakkan. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW (bermaksud):
Setiap hari tasyrik adalah sembelihan (waktu korban).
(Riwayat Ibn Hibban)
Daging Korban
Sekiranya korban tersebut adalah korban wajib atau nazar, maka tidak harus bagi orang yang melakukan korban dan mereka di bawah jagaannya memakan daging korban tersebut. Jika salah seorang daripada mereka memakan sedikit daging korban itu, daging korban itu hendaklah diganti semula dengan daging lain atau dibayar dengan nilaian daging yang dimakan.
Namun sekiranya korban tersebut adalah korban sunat, maka harus bagi orang yang melakukan korban itu memakan mengikut kadar yang dikehendakinya dengan syarat dia hendaklah bersedekah sedikit daripada daging korban itu. Manakala paling afdhal ialah memakan sedikit sahaja daging korban itu untuk keberkatan dan bakinya yang lain disedekahkan. Oleh itu, harus bagi orang yang melakukan korban itu memakan satu pertiga daripada bahagiannya, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada sahabat-handai dan jiran-tetangga walaupun mereka orang kaya.
Daging korban yang dihadiahkan kepada orang kaya hanya boleh dimakan dan mereka tidak boleh menjualnya. Manakala daging korban yang diberikan kepada fakir miskin tidak terikat dengan syarat ini. Maka mereka boleh memakan atau menjual daging tersebut mengikut kehendak mereka.
Kulit Binatang Korban
Bagi orang yang melakukan korban, mereka boleh sedekahkan kulit binatang korban itu atau dimanfaatnya untuk dirinya sendiri. Tetapi tidak boleh dijual atau diberikan kepada penyembelih binatang korban itu sebagai upah kepada sembelihannya. Ini kerana perbuatan memberi upah dengan cara sebegitu boleh menyebabkan kekurangan pada binatang korban dan merosakkan ibadat korbannya. Namun jika pemberian tersebut bukan atas dasar upah kerana orang yang melakukan korban telah memberikan wang sebagai upah kepada penyembelih, maka pemberian kulit dan sebagainya lagi tidak menjadi kesalahan, lebih-lebih lagi penyembelih adalah orang fakir miskin. Ini bertepatan dengan hadis-habis berikut (bermaksud):
Rasulullah SAW telah memerintahkan aku (Ali RA) menyembelih unta-unta Baginda (sembelihan korban ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku sedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah daging) sedikit pun daripadanya.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Barangsiapa yang menjual kulit binatang korbannya maka tiada korban baginya.
(Riwayat al-Baihaqi)
Manakala antara sunat-sunat ibadat korban seperti; disunatkan tidak menghilangkan bulu dan kuku apabila masuk 10 Zulhijjah, disunatkan orang yang melakukan korban menyembelih binatang korbannya sendiri, jika dia tidak mampu maka hendaklah dia hadir menyaksikan sembelihan itu dan disunatkan bagi pemerintah melakukan korban menggunakan harta Baitul Mal bagi pihak orang-orang Islam.
Demikianlah penjelasan ringkas mengenai persoalan yang berkaitan dengan ibadat korban yang akan dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha nanti. Semoga dengan penjelasan ini akan meningkatkan mutu ibadat korban kita berbanding tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah.
Wallahualam.