Ukhuwah Itu Indah

About Me

My photo
.:nOoRSaIfa Binti SaPajaN:.diLahirkan Pd 24 NovEmBer 1989:.JamIah UniVersiTi PenDidiKan SulTaN IdRis (UPSI):.Insha'Allah, bakaL Mu'aLlimat pd 2013:.Ameen:.kpda sesIapa Yg suDi singgaH & menJaDi foLlower ana,tRima KasIH bYk AnA uCapKaN.:siLa tinGgaLkan LinK BLog AnDa SPya AnA dPt foLlOw AnDa jugA:.

Wednesday, November 9, 2011

.::.Perkara-perkara Yg Membatalkan Solat.::.





Di sini terdapat satu persoalan yg sering dibahaskan oleh kaum wanita berkaitan perkara-perkara yang membatalkan solat. Persoalan tersebut ialah:
"Adakah keputihan itu najis yg boleh membatalkan wuduk dan solat seseorang?"

Ada 11 perkara yg membatalkan solat. Oleh itu, perkara-perkara yg tidak termasuk dlm sebelas perkara ini tidak termasuk dlm perkara yg membatalkan solat. Sekiranya solat itu terbatal, maka wajib utk mengulangi solat tersebut. Perkara2 yg membatalkan solat ialah:

1. Berkata-kata dgn sengaja 
-Berkta-kata dgn sengaja, selain dpd al-Quran, zikir atau doa walau satu huruf skalipun.

2. Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat
-Membuat beberapa perbuatan yg pada urufnya (adatnya) tidak disuruh melakukannya dlm solat.

3. Kedatangan hadas
- Sama ada hadas kecil atau hadas besar.

4. Najis yg tidak dapat dimaafkan
-Kdatangan najis yg tidak dimaafkan sama ada pd badan atau pakaian. Sekiranya jatuh najis yg kering pd pakaian, dan boleh dibuang pd masa itu juga, maka tidak terbatal solat. Tetapi najis tersebut tidak boleh disentuh dgn tangan.

5. Terbuka aurat
-Terbuka aurat walaupun x sengaja seperti ditiup angin tetapi sekiranya boleh ditutup sekejap itu juga maka tidak terbatal solat.

6. Membelakangkan kiblat dgn dadanya

7. Mengubah niat
-Umpamanya, solat fardhu zohor ditukar niatnya menjadi solat sunat zohor. Tetapi, sekiranya berniat sunat mutlak (niat utk solat sunat), maka tidaklah batal. 

8. Makan walaupun sedikit
-Misalnya, sebiji nasi di dalam mulutnya, kecuali ia terlupa.

9. Minum
-Seprti menelan air liur yg masih lagi terasa manisnya.

10. Mengeluarkan suara selain bacaan dlm solat
-Seperti ketawa sehingga mengeluarkan suara yg mengandungi dua huruf, begitu juga dgn menangis.

11. Murtad (keluar agama Islam)

Menjawab persoalan di atas, lihat kepada perkara 3 dan 4 dlm 11 perkara yg membatalkan solat tersebut. Keputihan merupakan cecair yg tergolong dlm najis, dan ia perlu dibasuh sebelum menunaikan solat. 

"Bagaimana jika ia keluar semasa sedang menunaikan solat terutama ketika di surau atau di masjid (berjemaah) dan ketika membaca al-qur'an? Adakah terbatal?"

Jawapannya, "sekiranya ia telah dibasuh seeloknya dan dipakai pad sebaiknya sebelum solat, maka apa yg keluar semasa solat adalah dimaafkan. Allah tidak membebankan sesuatu yg tidak dapat dielakkan oleh hambanya khususnya dlm bab sakit. Bersihkan sedaya yg mampu, selebihnya tidak mengapa." -Ustaz Zaharuddin-

Nota tambahan: 

Beza mazi dgn keputihan
- Air mazi adalah sejenis cecair jernih yg melekit dan kurang berbau yg keluar dari kemaluan lelaki & wanita kerana rangsangan syahwat. Ia berbeza dgn air mani yg pekat, melekit dan berbau kuat seperti klorok yg keluar semasa kemuncak syahwat (persetubuhan) ataupun melalui masturbasi (onani).
- Keputihan tidak keluar kerana rangsangan syahwat. Ia dialami oleh kaum wanita dan keluar pd waktu-waktu biasa. Cecair jenis ini adalah najis, dan perlu dibasuh sebelum solat.

Rujukan:
Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab, Hamid(2009). Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur.Telaga Biru Sdn Bhd.





noorsaifa sapajan
bayt jannahku,
9.16 pagi




No comments:

Post a Comment