Ukhuwah Itu Indah

About Me

My photo
.:nOoRSaIfa Binti SaPajaN:.diLahirkan Pd 24 NovEmBer 1989:.JamIah UniVersiTi PenDidiKan SulTaN IdRis (UPSI):.Insha'Allah, bakaL Mu'aLlimat pd 2013:.Ameen:.kpda sesIapa Yg suDi singgaH & menJaDi foLlower ana,tRima KasIH bYk AnA uCapKaN.:siLa tinGgaLkan LinK BLog AnDa SPya AnA dPt foLlOw AnDa jugA:.

Sunday, January 22, 2012

.:. Main-main Tepung ( Edisi Pastri-pastri Asas) .:.




nyum nyum nyum.... cam sedap je tgok gambar tart ni kan?
haaa....harini..ana nak ajak anda main-main tepung bersama ana...
jom! ana nak kongsikan resepi pastri-pastri asas yg telah ana pelajari bersama sahabat yg ana kasihi smua...
v(^__^)v

PASTRI RAPUH TANPA GULA
(untuk pastri savouri / berisian pedas)

Bahan-bahan:

200 gm tepung gandum
2-3 camca besar air sejuk
100 gm mentega
secubit garam

Kaedah menyediakan:
  1. Ayak tepung bersama garam
  2. Gaul serta ramas tepung dan mentega sehingga menyerupai serbuk roti (bread crumbs)
  3. Masukkan air dan gaul rata sehingga adunan agak lembut
  4. Rehatkan dulu adunan pastri setngah jam sebelum digunakan
Kegunaan: Karipap, sardin gulung dll

PASTRI RAPUH BERGULA

Bahan-bahan:

250 gm tepung gandum
1 camca besar gula kastor 
secubit garam
125 gm mentega
1 biji telur
1-2 camca susu segar

Kaedah penyediaan:

- ayakkan tepung bersama garam
-gaul dan ramas tepung serta mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti
-masukkan telur, gula halus dan susu
- gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut
-rehatkan doh setengah jam sebelum digunakan
Kegunaan: Pai epal, tart buah-buahan dll

PASTRI RAPUH BERGULA (II)

Bahan-bahan:

250 gm tepung gandum
secubit garam 
(ayakkan bersama)
125 gm gula kastor
125 gm mentega
1-2 camca besar susu segar sekiranya perlu

Kaedah Penyediaan:
- mentega dan gula dipukul sehingga gebu
- masukkan tepung dan gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut
- tambahkan susu jika perlu
- rehatkan doh 1/2 jam sebelum digunakan


haaa....mudahkan caranya...? 
 begitulah kaedah-kaedah asas utk menyediakan pastri..
kegunaan pastri asas ini untuk menydiakan pastri seperti pai epal, pai blueberry, pai keju, dan juga tart buah-buahan.
bagaimana pula cara penyediaan pai dan tart...? 
haaaa...nantikan edisi main-main tepung yg seterusnya! 

SELAMAT MENCUBA....!



Noorsaifa binti Sapajan
Rumahku Syurgaku
Banting, 2.52 ptg
22 Januari 2012



No comments:

Post a Comment