Ukhuwah Itu Indah

About Me

My photo
.:nOoRSaIfa Binti SaPajaN:.diLahirkan Pd 24 NovEmBer 1989:.JamIah UniVersiTi PenDidiKan SulTaN IdRis (UPSI):.Insha'Allah, bakaL Mu'aLlimat pd 2013:.Ameen:.kpda sesIapa Yg suDi singgaH & menJaDi foLlower ana,tRima KasIH bYk AnA uCapKaN.:siLa tinGgaLkan LinK BLog AnDa SPya AnA dPt foLlOw AnDa jugA:.

Wednesday, August 17, 2011

.:Catatan Sejarah 17 Ramadhan:.



Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yg amat istimewa bg seluruh umat Islam di dunia..ianya merupakan satu bulan yg penuh barakah.. sebagai seorang Muslim..kita maklumi bahawa Ramadhan merupakan bulan yang banyak kelebihan. Selain kelebihan pengampunan dosa yg dibuka secara besar-besaran...dalam bulan ini juga berlakunya pelbagai peristiwa bersejarah dan peristiwa2 besar dalam sejarah umat Islam.. Kelebihan bulan ini seharusnya kita manfaatkan dengan menunaikn segala kewajipan serta melengkapkannya dengan amalan2 sunat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan..sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah, dalam mencari kebhagiaan yg hakiki..

Nuzul Qu'ran...merupakan satu peristiwa penting dan  bersejarah bagi umat Islam, terutama bagi junjungan besar kita..Rasulullah S.A.W.. Dalam meneruskan sisa2 Ramadhan yg masih ada ini, marilah sama2 kita menyoroti peristiwa penting ini, yg telah menjadi pemangkin kpd dakwah baginda pd ktika itu. Pkataan 'Nuzul' mmbawa mksud turun. Justeru, peristiwa ini merupakan satu peristiwa bermula turunnya al-qur'an sbgai wahyu kpd umat akhir zaman, di mana mukjizatnya akan trus kekal hingga ke hari qiamat. Al-Qur'an mrupakan sumber rujukan utama kpd sluruh umat Nabi Muhammad S.A.W dlm mnerusi liku2 khidupan di dunia yg fana' ini ..

Masyarakat Arab pd zman Rasulullah dbelenggu kegelapan jahiliyah, penyembahan berhala dan adat2 yg sesat. Mereka kian trpisah dgn zaman knabian dan trus hanyut dlm lautan kesesatan yg kian mgganas. Namun begitu, baginda tetap terkawal krna dijaga oleh Allah agar tdk turut terheret dgn amaln hidup yg sesat ini. Keadaan masyrakat jahiliyah di sekelilingnya ketika itu membuatkan baginda berkeputusan utk bermunajat kpd Allah S.W.T di Gua Hira'. Baginda brsendirian dgn bekalan makanan selama bberapa mlm berturut2. Pd malam Jumaat, 17 Ramadhan brsamaan 6 Ogos 610 Masihi, ktika nabi mncapai usia 40 tahun.. saat inilah turunnya wahyu pertama yg juga sbgai pengiktirafan nabi akhir zaman.

Wahyu pertama yg diturunkan kpd baginda ialah Surah Al 'Alaq ayt 1-5. Baginda didatangi Jibril lalu malaikat Jibril berkata: "bacalah", lalu baginda menjawab "saya tidak tahu membaca". Maksud kisah ini dberitahu sdiri oleh baginda dlm hadith yg mafhumnya,

"lalu malaikat itu memeluk saya dengan kuat sehingga saya tidak mampu bergerak.
kemudian dilepaskannya saya sambil katanya; "bacalah" lalu saya menjawab: "saya tidak tahu membaca." sekali lagi saya dipeluk sehingga mencemaskan saya,kemudian dilepaskan dan katanya lagi: "bacalah", saya tetap menjawab: "saya tidak tahu mmbaca."  kali ketiga dia memeluk saya tetapi dilepaskn lalu membaca surah al-'alaq ayat 1-5 yg bermaksud:
Bacalah dgn nama Tuhanmu yg telah mencipta.Dia mencipta manusia dari segumpal darah.Bacalah krna Tuhanmu itu amat mulia yg mgajar dengan perantaraan qalam. Dia telah mgajar manusia apa yg manusia tidak tahu."

Keadaan baginda yg ummi(buta huruf) bukan mnunjukkan kelemahannya, ttapi sbaliknya menangkis tuduhan liar yg mgatakan baginda menulis sendiri wahyu tersebut..dgn ilmunya yg ada, hasil daripada pgajiannya dgn cndikiawan atau pendeta Yahudi atau Kristian. Wahyu pertama ini memberi peringatan peri pentingnya ilmu pgetahuan yg akn menunjukkan scara jelas mgenai ssuatu yg haq dan yg batil. Cara pnerimaan wahyu ini juga menunjukkan bagaimna jalan trbaik dlm mnuntut dan mnerima ilmu, iaitu mesti melalui guru.


Sebagai tambahan, selain peristiwa turunnya al-Qur'an pada ktika ini (17 Ramadhan), juga berlakunya peperangan Badar Al-Kubra..yg berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah. Perang ini amat signifikan dlm sejarah islam krana pd hari inilah yg mnentukan kesinambungan dakwah Islam. Hari penentuan sama ada Islam terus berkembang atau terus berkubur. Rasulullah ketika berlakunya peperangan itu bermunajat kpd Allah:
"Ya Allah, aku mengharapkn janji2 Mu. Ya Allah,jika skiranya Engkau binasakan akan pasukan ini(para pejuang Badar), nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini."

Pada tanggal 8 Ramadhan tahun kedua hijrah, angkatan perang pimpinan baginda berangkat meninggalkan kota Madinah. Selama ketiadaan baginda di kota Madinah, Amru bin Ummi Maktum dilantik menggantikan baginda menjadi imam solat. Rasulullah berangkat bersama-sama 313 orang sahabat baginda. Badar yg letaknya 145 km arah barat laut dari Madinah Al-Munawwarah, mnjadi saksi atas keimanan dan ketaqwaan para sahabat sehingga dengannya Allah mendatangkan bantuanNya kpd mereka. Badar menyaksikan pertembungan antara kaum Muslimin dan Musyrikin yg kekuatannya 3 kali ganda siap dengan kudanya yg berjumlah 100 ekor. Badar menyaksikan prtolongan Allah kpd kaum muslimin di mana 1000 malaikat berserban membantu para sahabat menghadapi kaum musyrikin. Akhirnya, kaum Muslimin dihadiahkan dengan kemenangan.
Firman Allah yg bermaksud:
"Dan sesungguhnya kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah(kerana kamu sedikit bilangnnya dan kekurangan alat perang).Oleh itu, bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu bersyukur(akan kemenangan itu).     ['Aali Imran:123]


noorsaifa sapajan,
bayt jannahku,
17 Ramadhan 1432 H
17/8/2011

No comments:

Post a Comment