Ukhuwah Itu Indah

About Me

My photo
.:nOoRSaIfa Binti SaPajaN:.diLahirkan Pd 24 NovEmBer 1989:.JamIah UniVersiTi PenDidiKan SulTaN IdRis (UPSI):.Insha'Allah, bakaL Mu'aLlimat pd 2013:.Ameen:.kpda sesIapa Yg suDi singgaH & menJaDi foLlower ana,tRima KasIH bYk AnA uCapKaN.:siLa tinGgaLkan LinK BLog AnDa SPya AnA dPt foLlOw AnDa jugA:.

Saturday, July 16, 2011

.::Alasan Tipikal Wanita Yg Enggan Menutup Aurat::.









Yang mana satu pilihan anda...? 


13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Salam A'laik. Pernahkah kita memberi nasihat dan menegur kawan-kawan yang tidak menutup aurat? Mari kita lihat apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.



1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tidak menutup aurat..neraka tempatnya..

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kamu Islam, dakwah itu wajib walaupun kamu sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kamu mendakwa diri kamu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kamu tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kamu berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kamu tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah kamu yakini ibadahmu diterima? Kamu yakin hanya dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kamu masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kamu sebenarnya menyusahkan ibu bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kamu disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kamu cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu tidakkah sama perumpamaan bahawa kamu hipokrit kerana tidak ikhlas beragama islam??

“Wahai "wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”








p/s: sekadar perkongsian utk manfaat bersama..maaf andai ada hati yg 
terasa...renung2kan dan cubalah hayati msej yg cuba dsampaikan...





No comments:

Post a Comment