Ukhuwah Itu Indah

About Me

My photo
.:nOoRSaIfa Binti SaPajaN:.diLahirkan Pd 24 NovEmBer 1989:.JamIah UniVersiTi PenDidiKan SulTaN IdRis (UPSI):.Insha'Allah, bakaL Mu'aLlimat pd 2013:.Ameen:.kpda sesIapa Yg suDi singgaH & menJaDi foLlower ana,tRima KasIH bYk AnA uCapKaN.:siLa tinGgaLkan LinK BLog AnDa SPya AnA dPt foLlOw AnDa jugA:.

Monday, November 5, 2012

Usahalah Menjadi Imam Wahai Adam!



Tok bilal mundar mandir. Gelisah, seperti ada yang tak kena.
"Mana org ni, siapa nak jadi imam, takkan muslimah pula, sesat ni,.." (Petikan dari iluvislam.com)


Baiklah..mengulas kpd petikan di atas..ana nak cerita ckitlah kan..

Rasanya..keadaan ni bukan sesuatu yg luar biasa kan??

Jujur saja, ana sendiri melihat semakin lama, bilangan jemaah lelaki di surau apatah lagi di masjid-masjid semakin berkurangan...

Menjadi satu trend masa kini...masjid-masjid akan kelihatan penuh hanya ketika solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri, Aidiladha & yg paling senang solat sunat Tarawikh!

Betul kan??

Saban tahun..ana lihat, jemaah yg mnunaikan solat fardhu di masjid atau surau2 semakin berkurangan..

Sedih melihat fenomena ini...

Tambah sedih lagi..calon2 'bilal' dan 'imam2 muda' yg sepatutnya mnjadi pelapis kpd para bilal dan imam yg sudah 'veteran' ini dilihat bertebaran di pusat2 membeli-belah, kedai2 makan, tepi2 jalan...
tak kira masa..tak kira waktu...hatta, tatkala azan berkumandang
masih lagi bersronok-sronok di pusat hiburan
dan pdg2 permainan!

Ya..sedih melihat jejaka2 muda yg spatutnya menjadi 'imam muda' masih lagi berlonggokan ketika azan maghrib berkumandang..(kisah benar)

Sedarlah wahai Adam!
Salah satu petanda dunia menghampiri kiamat itu adalah...
Apabila masjid2 tidak kedengaran lagi azan berkumandang!
Jika anda yg spatutnya menjadi calon bilal dan imam ini tidak menjadi pelapisnya...
Siapa lagi???

Allahu Ta'ala Aa'lam...

Noorsaifa Sapajan
Banting, Selangor

Sunday, November 4, 2012

.:.Puding Pelangi Di Hatiku.:.





Assalamualaikum...
okeyh..part ni ana xmo ckp banyak2..
Ana maw kongsi rsepi puding pelangi yg ana suke buat..
Gambar kat atas tu..lapisan pelanginye nmpk x sekata warnanya kan?
Hehehe...biasela..ade ksilapan teknikal ckit..
Janji..rasanya sodap,..ngee
 Nak tambat hati mak bapak, mak mertua n suami tercinta..jom cuba!

Bahan-bahan:

**12 gm agar-agar
**1 liter air ( agak2 pon bole, bergantung pada tahap kepejalan yg kite maw)
**1 cawan gula
**2 helai daun pandan

* 2 biji telur gred C
* 2 sb tepung kastard  (ikut kepekatan yg kita maw pon bole)
1 tin susu cair
2 sb mentega
Pewarna merah, jingga dan hijau ( ikut suke je )

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan ** ke dlm periuk dan masak hingga gula dan agar2 larut sebati.
Sementara menunggu agar2 dan gula larut, pukulkan bahan * menggunakan wisker/ pemukul telur.
Kemudian, tapiskan bahan * yg telah dipukul hingga sebati dan masukkan ke dlm larutan ** yg telah sebati bersama dengan susu cair.
Kacau hingga mendidih dan tutupkan api.
Masukkan mentega dan kacau sebati.
Bahagikan bater kepada 3 adunan dan warnakan mengikut warna kesukaan. * Nak larutkan slh satu bater ngan serbuk koko pon bole.

TIPS MEMBUAT LAPISAN PELANGI:

Sengetkan sebelah bahagian loyang sepanjang membuat lapisan puding pelangi.
Loyang hendaklah dibasahkan dengan air utk memudahkan proses melapis.
Lapisan hendaklah dibuat perlahan2 dan berhati2 supaya adunan x menjadi 'marble'.
Dah siap lapis..sejukkanla dlm peti dulu,.baru sodap dimakan...hehe

SELAMAT MENCUBA!



Dah siap potong la mcm ni...tambah selera nak makan!
Ade sorg akk ni kate..elok bg org demam mkn puding..=)



Nak tambah selera lagi?? Hidang dengan minuman ini...Smoothies Cappucino with Pearl
All handmade..hehehe


Noorsaifa Sapajan
Banting, Selangor

.:.Memori Tercipta.:.


Assalamualaikum to all readers...
Alhamdulillah...setelah sekian lama 'menyepi'..
harini diberi ksempatan utk menulis...
Al maklum sajela..spnjg 4 bulan yg lalu..
ana cbuk menumpukan perhatian dan kerja yg perlu dilaksanakn
sebagai seorang guru pelatih...tambahan lagi..
ana juga cbuk berulang alik ke rumah dan hospital
kerana keadaan kesihatan ayah yg agk uzur sjk kbelakangn ini..
Allah...moga aku brkesempatan utk mnjadi ank yg berbakti kpd kedua org tua
yg telah banyak berjasa sepanjang umurku,..Aamiin...

Alhamdulillah..tanggal 19 Oktober 2012..
tamatlah tugasku secara rasminya sebagai guru pelatih
di SMK DENGKIL, SEPANG, SELANGOR..
Semoga segala ilmu dan perkongsian yg tlh dicurahkn kpd 
anak2 murid 'pertama'ku di sana bakal dimanfaatkn dgn sebaiknya..
yg pasti..aku amat menyayangi mereka kerana Allah...
yg pasti..aku akan sntiasa mendoakan kjyaan mreka supaya mereka
dapat mnjadi anak yg berbakti kpd kdua org tua...insyaAllah..


Tingkatan 2 Amanah..
Pelajarnya cerdik, rajin dan sangat patuh..
Terima kasih semuanya... <3

Bersama pelajar2 Tingkatan 2 Bestari..
bergambar kenangan pada hari terakhirku di sekolah..
: Maaf buat yg x ada dlm gmbr..=)
Pelajar2 Tingkatan 2 Bestari..sentiasa ceria..
Mereka TAK PERNAH missed kelasku
: Hari terakhir bersama mereka sebelum berangkat pulang ke kampung halamanku.


Tingkatan 2 Fasih...
Pelajar2 yg sentiasa menyenangkan hatiku, dan patuh pada arahanku...
Tak pernah putus asa berusaha ..
Cikgu akan sentiasa mendoakan kalian..
 

 Apa yg pasti..memori tercipta selama 16 minggu aku bersama mereka
akan kukenang ke mana jua kaki ini melangkah...
Kalian adalah anak2 didik pertama yg membuatkan
diriku merasa bahawa 
AKU TAK SILAP MEMILIH..
Ya..aku tak silap memilih bidang ini sebagai profesion kerjayaku kelak..
Dari kecil,,aku telah jatuh cinta dgn bidang ini..
Bahkan..kini...aku semakin MENCINTAINYA...
Terima Kasih semuanya...
Syukur Ya Rabb..kerna Kau tlah memilihku utk menjadi seorang pendidik..
Permudahkanlah langkahku seterusnya...
Aamiin...

Noorsaifa Sapajan
Banting, Selangor